Kampung Bengoh Bakal Mendapat Balai Raya Baru

AHAD, 13 MAC 2022

PADAWAN: Sebuah tapak bersebelahan balai raya lama dikenalpasti sebagai lokasi bagi fasa pertama pembinaan balai raya baru di Kampung Bengoh.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kontrak oleh pihak Jabatan Pembangunan Negeri (SDO) Sarawak kepada kontraktor terpilih telah diadakan pada Khamis lalu dan kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada minggu hadapan.

Penyerahan surat tawaran kontrak tersebut telah diadakan bersama pegawai Pusat Khidmat yang mewakili Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, ketua kaum dan pihak kontraktor.

Projek tersebut adalah hasil kelulusan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo Datuk Willie di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) melalui SDO dengan kos sebanyak RM200 ribu.

Pembinaan bangunan tersebut dijangka memakan masa selama 4 bulan iaitu sehingga penghujung Jun tahun ini.-EDISI UKAS

add comment