AHAD, 13 MAC 2022
SIBU: Ketua-Ketua Jabatan Hospital Sibu telah mengadakan taklimat bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahagian Sibu di Hospital Sibu pada Jumaat.
Antaranya ialah ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapaee; ADUN Pelawan, Micheal Tiang Ming Tee dan ADUN Bukit Assek, Chieng Jin.
Taklimat itu diadakan bagi membincangkan mengenai kedudukan perkhidmatan di Hospital Sibu yang juga merupakan hospital untuk Zon Tengah Sarawak.
Taklimat tersebut adalah pertama kali diadakan setelah penubuhannya dipersetujui pada tahun lepas ketika Hospital Sibu mengalami kekurangan fasiliti dan staf semasa penularan pandemik Covid-19.
Sehubungan itu, jawatankuasa telah bersetuju untuk menyatukan data tersebut dan akan berbincang bersama pihak ketua jabatan peringkat negeri dan seterusnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, ADUN Nangka, ADUN Pelawan bersama ADUN Assek turut menyalurkan bantuan sebanyak RM200,000 kepada Hospital Sibu setiap tahun dari dana Bantuan Khas. – EDISI UKAS