102 Peserta Hadiri Bengkel ‘Lectionary’ Bahasa Bidayuh Bau

ISNIN, 14 MAC 2022

BAU: Seramai 102 orang peserta dari lapan buah gereja Katolik kawasan Zon Singai telah menghadiri Bengkel ‘Lectionary’ Bidayuh Bau di Gereja St Peter Serippau, pada Ahad.

Antara gereja terlibat adalah St. Martin Kampung Segong, St. Henry Kampung Apar, St. Michael Kampung Sudoh, St. Leonard Kampung Atas, St. James Bitikie Kampung Tanjong Poting, St. Peter Serippau, St. John Kampung Daun dan St. Andrew Kim Kampung Bobak.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan pemahaman bagi penggunaan perkataan Bahasa Bidayuh Bau ketika upacara bersembahyang.

Turut menghadiri bengkel berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep. -EDISI UKAS

add comment