6 Syarikat Sertai Jualan Keluarga Malaysia Di Lawas

ISNIN, 14 MAC 2022

LAWAS: Sebanyak 6 buah syarikat perniagaan di daerah Lawas menyertai Jualan Keluarga Malaysia. 

Antara syarikat yang mengambil bahagian ialah Hui Huang Cold Storage, 88 Cold Storage, Ming Ho Distribution and Trading, Red City, Syarikat Jaya Abdi dan Ikan Segar.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong berkata, orang ramai khususnya penduduk di daerah Lawas ini perlu merebut peluang keemasan ini dengan membeli barangan keperluan harian dengan harga murah.

“Saya mengalu-alukan orang ramai di daerah Lawas ini untuk membeli barangan keperluan harian dengan harga murah berbanding dengan harga di kedai runcit.

“Ia diadakan dengan masa dan tempat yang terhad kerana selepas ini Program Jualan Keluarga Malaysia akan diadakan di tempat lain bagi memberi peluang kepada semua penduduk,” katanya semasa berucap dalam merasmikan Jualan Keluarga Malaysia di Dewan Gelanggang Trusan pada Sabtu. 

Jelas Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas, ini merupakan kali ketiga Jualan Keluarga Malaysia diadakan di daerah Lawas dan sambutannya sangat menggalakkan. 

Hadir sama Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri an Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Limbang Pulnama Tarah, Pegawai KPDNHEP Cawangan Lawas Dominic Joseph Bakir dan Penghulu Liaw Soon Teck. -EDISI UKAS

add comment