ISNIN, 14 MAC 2022
SADONG JAYA: Penyerahan Projek Siap Pembinaan Parit Konkrit di Kampung Semera Masjid telah diadakan pada Ahad.
Ianya turut disaksikan oleh Menteri Muda Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.
Beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek tersebut dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan berharap agar projek seterusnya juga mengikut perancangan yang telah dipersetujui. -EDISI UKAS