ADUN Tarat Dan ADUN Serembu Santuni Majlis Apresiasi GPS N18 Serembu

ISNIN, 14 MAC 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn serta ADUN Serembu, Miro Simuh telah menyantuni Majlis Apresiasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kawasan N18 Serembu.

Program tersebut turut dihadiri ketua masyarakat dan ketua kaum dari Zon Serembu serta para petugas yang terlibat semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang lepas.

Dalam ucapan beliau, Datuk Roland menitikberatkan kepentingan penganjuran majlis itu untuk merakamkan penghargaan kepada jentera-jentera yang terlibat semasa musim pilihan raya.

“Bagi menjawab keyakinan para pengundi yang telah membuat pilihan, saya menyeru agar semua ADUN terus bekerja keras dalam mencurahkan bakti kepada kawasan masing-masing,’’ kata beliau yang juga merupakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak baru-baru ini.

Terdahulu, Miro dalam ucapannya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera pilihan raya serta para pengundi yang telah memilih GPS terutamanya di DUN Serembu.

“Saya beserta dengan pasukan yang sedia ada akan terus berusaha untuk menyumbang kepada rakyat jelata,’’ katanya. -Edisi UKAS

add comment