ISNIN, 14 MAC 2022
BAU: Prihatin dengan kejadian yang menimpa sebuah keluarga yang terjejas akibat rumah mereka terbakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah menyantuni keluarga tersebut di Taman Goldhill di sini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai Dan Laut) Sarawak segera melawat keluarga mangsa sebaik dimaklumkan dengan kejadian tersebut pada Ahad.
Dato Henry sebelum itu menghadiri program Bengkel ‘Lectionary’ Bahasa Bidayuh Bau di Gereja St. Peter Serippau, Singai.
Difahamkan, kesemua tujuh ahli keluarga mangsa berada dalam rumah pada waktu kejadian sekitar jam 9 pagi dan mereka berjaya menyelamatkan diri.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Daerah Bau berjaya memadamkan kebakaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian harta benda masih dalam siasatan. -EDISI UKAS