30 Papan Tanda Bebas Dadah Dipasang Di Seluruh Daerah Miri

SELASA, 15 MAC 2022

MIRI: Sebanyak 30 papan tanda ‘Bebas Dadah’ akan dipasang di seluruh kawasan di Daerah Miri menerusi program anjuran Jawatankuasa ‘One-Stop Committee’ (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan ‘Substance’ (MIDS) di Daerah Miri.

Menurut Pemangku Penolong Pegawai Daerah Miri merangkap Setiausaha OSC Daerah Miri Edward Tawang, program pemasangan ini adalah untuk mencapai matlamat Miri bebas dadah.

“Usaha untuk menguatkan kesedaran, pencegahan dan rawatan penyalahgunaan dadah narkotik termasuk juga penggunaan alkohol yang berbahaya amat penting bagi memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara,”ujarnya ketika ditemui pada Isnin.

Antara rumah panjang di kawasan MIDS yang terlibat ialah Rumah Randi Elon, Rumah Jarek Klambu, Rumah Saturi, Rumah Brorita dan Rumah Lambor Joseph.

Program ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa (JK) Membanteras Dadah ASP Minggat Bakil, Pengerusi JK Membanteras Dadah di Institusi Ibrahim, Pengerusi JK Membanteras Dadah di Tempat Kerja Harni Tani dan Pengerusi JK Membanteras Penagihan dan Pemulihan Dr Wong.-EDISI UKAS

add comment