SELASA, 15 MAC 2022
KUCHING: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlepas upacara mengangkat sumpah pada 14 Februari lepas telah selesai mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.
Majlis istiadat anngkat sumpah bagi ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh dan ADUN Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii telah dilakukan di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Upacara mengangkat sumpah ikrar dan menandatangani watikah tersebut terpaksa diadakan secara berasingan berikutan kedua-dua ADUN tersebut disahkan positif COVID-19 pada 14 Februari lepas.
Untuk rekod, Datu Len Talif telah menjadi wakil ADUN Kuala Rajang bagi penggal ketiga, manakala penggal kedua bagi Dato Sri Huang sebagai ADUN Repok.
Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Idris Buang, ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki, Pengerusi Kuching Port Authority, Dato Awang Bemee Pengiran Ali Basah, dan Pemangku Timbalan Setiausaha DUN Sarawak, Abang Mohd. Adib Abang Sallehhadin.-EDISI UKAS