SELASA, 15 MAC 2022
TEBEDU: Program INTU Sempadan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diadakan di Kampung Mongkos pada 26 Mac depan.
Program julung kalinya diadakan tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben.
Menurut pegawai MKN, Fitry Salleh dalam satu mesyuarat koordinasi Program INTU Sempadan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tebedu pada Selasa, program itu bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama penduduk setempat dengan agensi kerajaan dalam hal berkaitan sempadan Mongkos, Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia.
Jelasnya, keluasan sempadan yang luas dan faktor geografi yang sukar dikawal oleh anggota keselamatan yang terhad memerlukan bantuan dari semua lapisan masyarakat.
Malah katanya, ianya langkah yang amat penting demi memastikan keselamatan sempadan dan negara dipelihara dengan sebaiknya. -EDISI UKAS