SELASA, 15 MAC 2022
MIRI: Selain mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi, Miri juga mempunyai kepelbagaian budaya dan adat daripada pelbagai kaum seperti tradisi kaum Cina dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pertandingan seperti ini sekaligus mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan budaya di Sarawak.
“Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang berfaedah dan menarik perhatian untuk membantu memperkenalkan dan mempromosikan Bandaraya Miri yang sebagai bandar pelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 di Genesis Coworking Space, Pelita Commercial Centre Miri pada Isnin.
Sementara itu, Mohamad Zuikhairi Awang Karim dan Lo Kiun Sin muncul juara dalam Majlis Penyampaian Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 bagi kategori terbuka dan ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).
Sementara itu bagi kategori terbuka, tempat pertama dimenangi Liew Li Mui, kedua Chiew Hua Siong, ketiga Aaron Sim Jun Chiek dan saguhati Thomas Wong Zii Liing dan Lau Lee Hie.
Manakala, kategori ahli NSJA pula dimenangi Liew Li Mui, kedua Margaret Ringgit, ketiga Ivy Ching Heng Mee dan saguhati Michelle Choo Lee Nyuk dan Esther Ching Heng Sing.
Anugerah ‘The Most Like and Share’ bagi kategori terbuka dimenangi Allen Wong Lung Hing dan kategori ahli NSJA pula dimenangi jurukamera RTM Miri Syaffuan Zaini.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Datuk Sebastian Ting.
Sebanyak 120 penyertaan telah diterima dengan 91 penyertaan bagi kategori terbuka dan 29 penyertaan daripada ahli-ahli NSJA. -EDISI UKAS