SELASA, 15 MAC 2022
KOTA SAMARAHAN: Pusat Komuniti di Kampung Seniawan, Serian akan dinaik taraf dalam masa terdekat bagi menyediakan kemudahan yang selesa kepada penduduk setempat.
Usaha menaik taraf bangunan pusat komuniti berkenaan dibiayai menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.
Penyerahan projek telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO) serta disaksikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Latipah Beni, pada Isnin.
Bangunan berkenaan turut menempatkan tadika untuk kanak-kanak di kampung berkenaan.
Projek yang bernilai sekitar RM200,000 itu juga akan menyediakan ruang balai raya bagi membolehkan penduduk setempat mengadakan mesyuarat serta perbincangan dengan lebih selesa. -EDISI UKAS