Kerja-Kerja Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kecil Debak Berjalan Lancar

RABU, 16 MAC 2022

DEBAK: Kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kecil Debak, salah satu projek rakyat yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini sedang berjalan lancar.

Pembinaan projek tersebut telah menunjukkan 10 peratus kemajuan dengan tertumpu kepada kerja-kerja menimbus tanah di tapak projek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam berharap apabila siap kelak, prasarana itu akan memberi kemudahan kepada seluruh rakyat di Daerah Debak terutamanya institusi sekolah bagi memudahkan mereka menganjurkan aktiviti sukan.

Kompleks sukan yang meliputi keluasan seluas 10 ekar ini menerima peruntukan sebanyak RM8 juta dari Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari.

“Kompleks Sukan yang sedang dibina ini dilihat mampu memenuhi aspirasi masyarakat di kawasan ini khususnya golongan muda yang menantikan kemudahan seumpama itu.

“Saya mewakili penduduk Saribas mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan belia-belia di Sarawak dalam usaha melahirkan atlet sukan berbakat yang mampu menyinar mewakili negara pada masa akan datang,” jelas Mohammad Razi baru-baru ini. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia