RABU, 16 MAC 2022
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah memeriksa sebanyak 572 premis perniagaan dalam satu Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Selasa.
Operasi tersebut telah dilakukan oleh Pasukan Penguatkuasaan MBM dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang itu telah memeriksa sebanyak 28 buah, 403 premis makanan, 63 penjaja, 65 lain-lain premis perniagaan dan 13 pusat penjaja.
Dalam operasi ini juga, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) turut bersama bagi menjalankan Operasi Bersepadu Jenayah Syariah di sekitar pusat bandaraya dari jam 8.30 malam sehingga selesai.
Pemantauan ini dilakukan setiap hari bagi memastikan masyarakat di Bandaraya Miri sentiasa mematuhi aspek pencegahan SOP.-EDISI UKAS