RABU, 16 MAC 2022
SIBU: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka yang ingin membuat sebarang permohonan, aduan, bantuan atau temujanji ke Pusat Khidmat kini boleh melakukan secara dalam talian menerusi E-Khidmat DUN Nangka.
Sistem itu telah diperkenalkan oleh Pusat Khidmat DUN Nangka pada 8 Mac lepas.
Selain memudahkan permohonan masyarakat, sistem itu juga bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pusat Khidmat DUN Nangka. – EDISI UKAS