RABU, 16 MAC 2022
SRI AMAN: Rondaan dan Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditingkatkan di kawasan bandar Sri Aman pada Selasa.
Ia melibatkan anggota-anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Pemeriksaan telah dilakukan seawal jam 9 pagi ke atas premis-premis perniagaan dan tempat tumpuan awam bagi memastikan masyarakat masih mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan memandangkan Sarawak akan memasuki fasa endemik bermula 1 April 2022.
Hasil pemantauan mendapati, para peniaga serta pengunjung mematuhi SOP dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS