45 Pegawai Bomba Bantuan Tamat Latihan Dan Terima Pentauliahan

KHAMIS, 17 MAC 2022

KUCHING: Seramai 35 orang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan 10 orang Pegawai Bantuan Bantuan Swift Water Resque Team (PBB SWART) telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri Kursus Pentauliahan dengan jayanya selama 10 hari bermula 6 Mac 2022.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman @ Hussaini telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan Pegawai Bantuan Bantuan Swift Water Resque Team (PBB SWART) Siri 1 /2022 pada Rabu. 

Kesemua 35 PBB ini akan bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya, BBP Bintangor, BBP Daro, BBP Kapit, BBP Saratok, BBP Serian, BBP Sibu Jaya, BBP Siburan, BBP Song, BBP Mukah dan BBP Tanjung Manis.

Sementara itu, 10 orang PBB SWART pula akan bertugas secara ‘on call’ di BBP Tabuan Jaya dan BBP Petra Jaya. 

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Kurung Suwen dan Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Azizah Salim.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia