KHAMIS, 17 MAC 2022
LINGGA: Bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, Pusat Khidmat ADUN N28 Lingga telah menganjurkan Program Sumbangan Amal Ibu Tunggal dan Warga Emas Wanita pada Rabu.
Program ringkas itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lingga.
Seramai 50 wanita terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal dari Kampung Lingga, Kampung Agropolitan Seduku Baru, Pasar Lingga, Kampung Stumbin, Bijat Ulu, Skra Pruan dan Seduku Iban menerima sumbangan keperluan asas daripada Dayang Noorazah.
Bermula seawal jam 9.30 pagi, atur cara program yang dihadiri kira-kira 60 jemputan itu dijalankan mengikut pengamalan norma baharu dengan kesemua yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS