Pelaksanaan Projek SCORE Jalan Akses Ke Empangan Baleh Dijangka Siap Sepenuhnya Pada Disember 2022

KHAMIS, 17 MAC 2022

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek SCORE Jalan Akses ke Empangan Baleh di bahagian Kapit dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed memaklumkan, projek tersebut melibatkan pembinaan jalan sepanjang 73 kilometer termasuk 27 buah jambatan dengan kos projek bernilai RM1.419 billion.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Dewan Rakyat pada Rabu.

Jelasnya lagi, ianya dibahagikan kepada 15 fasa dan sembilan fasa telah siap pada tahun 2020 dan 2021, manakala enam fasa lagi masih dalam peringkat pembinaan. -EDISI UKAS

add comment