KHAMIS, 17 MAC 2022
BAU: Projek menaik taraf gelanggang futsal di Kampung Sogo dan Kampung Peninjau Baru siap dilaksanakan sepenuhnya menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
Penyerahan Projek RTP tersebut disempurnakan oleh pihak pemaju kepada Ketua Kampung Sogo, dan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh pada Rabu.
Menurut Miro, naik taraf gelanggang futsal di Kampung Sogo itu mengambil masa selama 8 minggu untuk siap sepenuhnya dengan kos bernilai RM50,000.
Manakala, untuk gelanggang futsal Kampung Peninjau Baru, telah mengambil masa selama 21 minggu dengan kos bernilai RM70,000.
Justeru, dengan siapnya gelanggang futsal ini, beliau berharap agar penduduk setempat dapat menerima manfaat dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. -EDISI UKAS