KHAMIS, 17 MAC 2022
MIRI: Bersukan bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan dan mental, tetapi juga mengeratkan hubungan dan kerjasama sesama kita.
Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, apabila tubuh badan dan mental kita dalam keadaan baik, setiap pekerjaan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Menerusi sukan dapat mengeratkan semangat kerjasama dan silaturahim serta semangat kesukanan di antara kakitangan.
“Pada masa yang sama juga adalah untuk beriadah sebab apabila seseorang itu bersukan badannya akan sihat dan apabila badan, fizikal dan mental sihat baharulah dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Beliau berucap dalam merasmikan Karnival Sukan Bersama Wakil Rakyat ADUN Lambir di Penjara Pusat Miri pada Rabu.
Pada karnival itu, tiga sukan dipertandingkan iaitu petanque, futsal dan badminton.-EDISI UKAS