TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Duta Romania dan Duta EU

KHAMIS, 17 MAC 2022

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat daripada Duta Romania di Malaysia Nineta Barbulescu serta suami, Dan Barbulescu PHF di kediamannya di Demak Jaya Kuching pada Khamis.

Menurut Nineta Barbulescu, kunjungan hormat itu bertujuan menjalinkan kerjasama diplomatik di antara Sarawak dan Romania termasuklah pendidikan dan pelancongan yang erat untuk mengekalkan hubungan baik di antara Sarawak dan Romania.

“Ini merupakan kali pertama saya mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak dan kunjungan hormat ini adalah bagi membincangkan berkenaan dengan projek-projek terkini terkini seperti pendidikan dan pelancongan dua hala antara Sarawak dan Romania.

“Kami juga turut mengadakan kunjungan hormat bersama Menteri Pendidikan dan Menteri Pelancongan di Sarawak bagi meningkatkan jumlah pelancong dari Malaysia ke Romania,” katanya ketika ditemui media sejurus selesai selesai kunjungan hormat tersebut.

Dalam pada itu, tambah Nineta lagi, beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keadaan pandemik COVID-19 beransur pulih.

Selepas itu, Tun Pehin Sri Abdul Taib turut menerima kunjungan hormat daripada duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah di Malaysia Michalis Rokas. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia