Ahli Parlimen Limbang Sumbang Kerusi Roda Dan Alat Bantu Berdiri

JUMAAT, 18 MAC 2022

LIMBANG: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah telah memberikan sumbangan kerusi roda dan alat bantu berdiri kepada Japar Dollah, 82 tahun dan Tahir Bujang, 49 tahun. 

Japar menerima kerusi roda selepas didapati tidak dapat berjalan akibat penyakit dan Mohd Tahir menerima alat bantu berdiri yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). 

Sumbangan tersebut telah diserahkan wakilnya Kaunselor Elvis Mathew kepada penerima dalam majlis ringkas pada Khamis.

Ini merupakan tanggungjawab sosial Datuk Hasbi di kawasan Parlimen Limbang dalam membantu masyarakat yang memerlukan. -EDISI UKAS

add comment