Eropah Bincang Peluang Pelaburan, Mahu Buat Pelaburan Gas Asli Di Sarawak

JUMAAT, 18 MAC 2022

BINTULU: Negara-negara Eropah mahu mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia terutamanya Sarawak serta memulakan pelaburan dalam pasaran Asia.

Ketua Kedutaan Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas telah melakukan lawatan kerja di beberapa kawasan di Bintulu pada Rabu bersama Trade & Economi- Attache, Pekka Otta Penttila.

Dalam lawatan satu hari itu, beliau telah berkesempatan meninjau kawasan-kawasan perindustrian di Bintulu seperti MLNG, Bintulu Port Sdn Bhd dan Kilang SOPB di Kidurong.

Taklimat telah diberikan pegawai di setiap tempat yang dilawati dan mengadakan mesyuarat bersama Bintulu Port Sdn Bhd di Kelab Kidurong Bintulu.

Dalam mesyuarat itu, mereka telah membincangkan peluang-peluang pelaburan yang terdapat di Bintulu kerana negara-negara Eropah ingin memulakan pelaburan terutama dalam bidang gas asli dengan membekalkan sejumlah gas asli kepada negara-negara Eropah dalam masa terdekat dan jangka masa panjang

Hadir sama Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif, Bintulu Port Holding Berhad Dato Mohammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Operasi MLNG Fakhrul Abdullah, Ketua Pegawai Kewangan SOP Tho Kheng Chiang dan  Pegawai Tadbir selaku Pegawai Perhubungan kepada Duta Kesatuan Eropah Harun Hatta.-EDISI UKAS

add comment