Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Induk, Wanita Dan Pemuda PRS Belaga Diadakan Serentak

JUMAAT, 18 MAC 2022

BELAGA : Timbalan Menteri dan Telekomunikasi I Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang telah hadir ke Mesyuarat Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Pusat Khidmat ADUN Belaga pada Khamis.

Berucap ringkas, Datuk Liwan Lagang yang juga Ketua PRS Bahagian Belaga memaklumkan bahawa Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) PRS Sarawak akan diadakan di Sibu pada 24 April 2022 yang akan datang manakala bagi Pemuda dan Wanita akan diadakan pada 23 April 2022.

Antara usul yang akan dibawa ke TDC nanti ialah, PRS Bahagian Belaga hanya menamakan Datuk Wilson Ugak Kumbong sahaja sebagai calon yang akan mewakili GPS di kawasan Parlimen Hulu Rajang pada PRU-15 yang akan datang.

Beliau turut berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang lepas.

Jelasnya, semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup mengambil inisiatif sendiri untuk berkempen termasuk melalui media sosial.

Dalam pada itu, Mesyuarat Aguang Tahunan PRS Bahagian Belaga ini diadakan secara serentak antara Induk, Wanita dan Pemuda.-EDISI UKAS

add comment