Premier Sarawak Terima Dua Kunjungan Hormat

JUMAAT, 18 MAC 2022

KUCHING : Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya pada Jumaat.

Dalam kunjungan pertama, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari menerima kunjungan hormat pertama daripada Duta Kesatuan Eropah di Malaysia Michalis Rokas bersama rombongannya.

Ketika ditemui, Michalis berkata ini adalah kunjungan hormat pertama beliau di Sarawak yang bertujuan berkongsi inisiatif dan strategi serta bekerjasama dalam program penghijauan Sarawak dalam mencapai pembangunan lestari menjelang 2030 serta menjadi rakan kongsi dalam rantaian bekalan.

Sejurus selepas itu, Premier Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Konsul General bagi rakyat di Republik China di Kuching, Cheng Guang Zhong bersama rombongan yang bertujuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam memulihkan ekonomi serta bersama menentang wabak COVID-19.-EDISI UKAS

add comment