Projek Kiosk Perniagaan Usahawan Muda Beri Keselesaan Kepada Peniaga Di Sri Aman

JUMAAT, 18 MAC 2022

SRI AMAN: Projek Kiosk Perniagaan Usahawan Muda memberi peluang kepada para usahawan mahupun peniaga kecil-kecilan untuk menikmati tempat berniaga yang lebih selesa dan teratur.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat ll, Datuk Francis Harden Hollis, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kiosk perniagaan tersebut, hendaklah segera mendapatkan borang permohonan daripada pejabat MDSA sebelum 24 Mac ini.

Namun begitu, terdapat kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum dipertimbangkan oleh panel jawatankuasa pemilih yang terdiri dari ahli MDSA sendiri.

Demikian jelas beliau semasa menyempurnakan penyerahan Kiosk itu secara simbolik bertempat di Jalan Kelab, Bandar Simanggang pada Khamis.

Datuk Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang memberitahu, projek kiosk berkenaan menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang disalurkan ke Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) sebagai agensi pelaksana.

Untuk rekod, terdapat 7 buah kiosk telah siap dibina dengan kos RM21,000 setiap satu pada bukan November 2021 oleh syarikat Vistamas Enterprise. -EDISI UKAS

add comment