PRS Ngemah Adakan Mesyuarat Agung 2022

JUMAAT, 18 MAC 2022

KANOWIT : Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah mengadakan Mesyuarat Agung PRS Bahagian Ngemah pada Khamis.

Mesyuarat tersebut bertujuan memilih Ahli Jawatankuasa Bahagian Ngemah bagi sesi 2022-2025 serta bagi memilih lima orang wakil Bahagian Ngemah, seorang perwakilan Wanita, seorang perwakilan Pemuda dan seorang pemerhati yang akan menghadiri Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) PRS pada 24 April nanti.

Dalam mesyuarat itu juga, para hadirin telah sebulat suara bersetuju dan memilih Anyi Jana sebagai Pengerusi PRS Bahagian Ngemah bagi menggantikan Alexander Vincent, mantan ADUN Ngemah untuk sesi 2022-2025.

Terdahulu, Mesyuarat Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PRS Bahagian Ngemah turut dilaksanakan dengan jayanya pada sebelah pagi.
Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.-EDISI UKAS

add comment