JUMAAT, 18 MAC 2022
KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menerima kunjungan hormat daripada Duta Romania di Malaysia dan Brunei Darussalam, Nineta Barbulescu di bangunan DUN Sarawak di sini pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Speaker DUN turut berkongsi latar belakang sejarah DUN Sarawak dan keunikan serta kepelbagaian budaya di negeri ini.
Nineta juga sempat mengunjungi Dewan Mesyuarat (Chamber) bagi melihat keunikan reka bentuk bangunan DUN Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sarawak Dato Idris Buang.-EDISI UKAS