JUMAAT, 18 MAC 2022
KUCHING: Isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Huawei Malaysia, Rita Irina Wahab dan Presiden Sarawak Club, Melvin Wee di Demak Jaya di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Rita Irina memberitahu, kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi memaklumkan mengenai projek-projek Huawei yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Jabatan Hutan Sarawak untuk mendigitalkan negeri ini serta melindungi alam sekitar.
Dalam pada itu, katanya, beliau turut memaklumkan kepada Toh Puan Datuk Patinggi Raghad mengenai projek bersama Yayasan Kepimpinan Wanita bagi memperkasakan wanita dalam bidang digital serta kepimpinan untuk membantu kerajaan di masa hadapan.-EDISI UKAS