SABTU, 19 MAC 2022
KUCHING: Seramai 138 keluarga dari Kampung Lumba Kuda dan Kampung Jalan Mendu telah menerima sumbangan berupa kit makanan di Surau Darul Akhirat, Kampung Lumba Kuda pada Sabtu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Kuching memberitahu, program sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama persatuan tersebut bersama dengan Nestle Products Sdn Bhd.
“Ianya diharap dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang berlaku semenjak dua tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Jelas persatuan itu, sumbangan berkenaan diagihkan oleh Naib Pengerusi II PBSM Cawangan Kuching, John Jong, serta Pengurus Bahagian Libat Urus Pembeli dan Pengguna Nestle Products Sdn Bhd, Tony Merril.
Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa PBSM Cawangan Kuching. -Edisi UKAS