SABTU, 19 MAC 2022
SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PANESA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengadakan Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bertempat di Ta Seng Cold Storage, Taman Susur Jambu dari Sabtu hingga Ahad.
Hadir memeriahkan PJKM tersebut pada Sabtu ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab.
Menurut Ir Yusuf, PJKM bertujuan menjual barangan keperluan asas yang penting seperti beras, tepung minyak, gula dan sebagainya pada harga yang berpatutan dan murah daripada harga biasa.
“lanya juga dapat memberi penjimatan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan barangan keperluan harian dan mensasarkan golongan B40 dan M40,” katanya.
Beliau berharap dengan penjimatan yang ada melalui PJKM dapat membantu meringankan beban keluarga B40 dan M40 ini.
Di samping itu, satu slot diskaun harga barang selama dua jam bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari di mana tawaran diskaun RM1 untuk beras, RM0.20 untuk minyak masak, gula dan tepung.
Dalam pada itu, ir Yusuf berharap pengunjung yang datang membeli-belah di PJKM sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya selamat dan sihat dari jangkitan Covid-19.
Turut hadir pada ialah Ketua KPDNHEP Sarikei, Mohamad Zawawi. – EDISI UKAS