Penubuhan Ranting PBB Baru N.44 Jemoreng Berjalan Lancar

SABTU, 19 MAC 2022

IGAN: Mesyuarat Agung Ranting PBB Kawasan N.44 Jemoreng bagi menubuhkan ranting yang baru terdiri daripada Bapa, Wanita dan Pemuda PBB bagi sesi 2022-2025 telah diadakan pada Jumaat.

Ia dimulakan di Igan melibatkan lima kampung iaitu Kampung Baru Dagang, Kampung Baru Ismail, Kampung Pulau, Kampung Tengah dan Kampung Sekerang, Igan.

Sesi pemilihan dan lantikan Ketua Ranting, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda ranting yang turut dihadiri ADUN Jemoreng merangkap Ketua Cawangan, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

Dr Juanda turut menyampaikan perkara berkaitan perlembagaan parti kepada semua yang hadir bagi menjelaskan perkara penting kandungan dalam perlembagaan tersebut.

Beliau juga berharap, dengan penubuhan ranting ini akan menguatkan lagi parti, kerjasama antara ahli akan bertambah erat serta akan memastikan struktur pentadbiranya lebih teratur dan tersusun. – EDISI UKAS

add comment