12 Lagi Ranting PBB Jemoreng Diwujudkan

AHAD, 20 MAC 2022

MATU: Sebanyak 12 lagi ranting terdiri dari Ketua Bapa, Wanita dan Pemuda PBB N.44 Jemoreng bagi sesi 2022-2025 telah ditubuhkan selepas berakhir Mensyuarat Agung Ranting PBB bagi kawasan itu pada Sabtu.

Pemilihan dan lantikan Ketua Ranting, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda ranting berjalan lancar dan mendapat sokongan dari semua yang hadir.

12 ranting tersebut adalah Kampung Kuala Matu Hilir, Kampung Kuala Matu Hulu, Kampung Pergau, Kampung Loba Balu, Kampung Sok, Kampung Dagang Sekaan, Kampung Muut Sekaan, Kampung Halud, Kampung Masjid Sekaan, Kampung Treng Sekaan, Kampung Jemoreng Hulu dan  Kampung Jemoreng Hilir.

Ketua Cawangan PBB merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya turut hadir di ke semua ranting tersebut untuk sama-sama terlibat dengan mesyuarat agung itu.

Beliau turut menyampaikan perkara berkaitan perlembagaan parti kepada semua yang hadir bagi menjelaskan perkara penting kandungan dalam perlembagaan tersebut.

Katanya, penubuhan ranting ini diharap akan menguatkan lagi parti, mengeratkan kerjasama antara ahli serta akan memastikan struktur pentadbiran parti akan lebih teratur dan tersusun. – EDISI UKAS

add comment