ADUN Tasik Biru Beri Sokongan Kepada Anak Tempatan Promosi Produk Perniagaan

AHAD, 20 MAC 2022

BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep meluangkan masa menghadiri program kolaborasi tiga orang anak tempatan yang giat mempromosikan dan menjual produk perniagaan mereka.

Antara aktiviti yang diadakan di Tasik Biru Food Village (TBFV) Bau pada Sabtu itu adalah mempromosi produk barangan, meningkatkan jualan selain mendapatkan maklum balas pelanggan.

Rakan kolaborasi tersebut termasuk pengasas produk keluaran tempatan yang dinamakan Minuman Bunga Pingirinduk, Hassie Lassie William yang berasal dari Kampung Opar.

Manakala dua orang lagi adalah pengasas syarikat Missfirichstore2u, Fiona Joyce Makah dari Kampung Senibung yang mengetengahkan jualan barangan berjenama dan ejen jualan produk Insuran Prudential, Denti Midom yang berasal dari Kampung Skibang. -EDISI UKAS

add comment