AHAD, 20 MAC 2022
KOTA SAMARAHAN: Seramai 50 penduduk Kampung Sambir bersama Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyertai Jelajah Senam Sihat di kampung berkenaan pada Sabtu.
Program senaman berkenaan turut disertai oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Asajaya, Sanuyah Mohamad dan Hasanah Bujang.
Datuk Rubiah Wang kemudiannya meninjau jalan retak di laluan masuk Tanah Perkuburan Islam Kampung Sambir bersama dengan Penghulu Kampung Sambir, Mohammad Edit dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sambir.
Katanya, beliau akan memanggil agensi berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian memandangkan jalan berkenaan juga telah dinaik taraf baru-baru ini.
Laluan ke tanah perkuburan Islam tersebut turut digunakan oleh masyarakat dari Kampung Tambirat, Kampung Sebandi Ulu dan Kampung Sebandi Matang. -EDISI UKAS