Pendidik KEMAS Perlu Jalin Kerjasama Erat Bersama Komuniti Setempat

AHAD, 20 MAC 2022

DARO: Pendidik KEMAS harus mempunyai jaringan yang baik bersama komuniti setempat supaya badan itu dilihat mempunyai peranan besar dalam masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata peranan KEMAS tidak dinafikan sangat penting dalam menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak.

Katanya, kerajaan negeri sememangnya sentiasa membantu dengan pelbagai projek yang melibatkan pendidikan kanak-kanak ini walaupun KEMAS adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Kakitangan Kemas Igan di Dewan Masyarakat Daro pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi memberitahu peranan KEMAS sanat penting dan besar kerana ia menyediakan pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang tua.

Ini kerana katanya, dalam KEMAS ada satu pendidikan yang dipanggil Pendidikan Lesterasi Fungsian yang mana melibatkan para orang tua dalam mendidik modal insan.

Majlis Makan Malam Kakitangan KEMAS P.207 Igan ini adalah sebagai satu penghargaan kepada Kakitangan Kemas yang terdiri daripada Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) dan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) yang menamatkan Bengkel Pemantapan Tugas PPM & PPMS diadakan selama sehari. – EDISI UKAS

add comment