Semarang Villa Johan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah, Rangkul Piala YB Razi

AHAD, 20 MAC 2022

DEBAK: Pasukan Semarang Villa dinobatkan johan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah bagi merebut Piala YB Razi.

Kemenangan itu susulan kejayaan menewaskan Pusa United 1-0 dalam aksi final yang diadakan di Padang Bola Sepak Riveria Sport Centre Debak pada Sabtu.

Mohd Zikrul muncul wira Semarang Villa setelah menjaringkan gol tunggal pada babak pertama perlawanan sekaligus membawa pasukan itu bergelar juara.

Hadir memeriahkan aksi final itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam yang kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kemenangan itu membolehkan Semarang Villa membawa pulang wang tunai RM2000 berserta piala dan pingat.

Manakala Pusa United selaku naib johan menggondol wang tunai berjumlah RM1500 berserta piala dan pingat. – EDISI UKAS

add comment