ISNIN, 21 MAC 2022
BEKENU: Sebanyak 15 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Sepak Takraw Piala Ahli Parlimen Sibuti pada Ahad.
Hadir merasmikan pertandingan ini Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.
Dalam ucapannya, beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi dan melibatkan penyertaan lebih ramai belia di kawasan Parlimen Sibuti.
Daripada 15 pasukan bertanding, 8 pasukan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dan 7 pasukan lagi dari DUN Bekenu.
Pertandingan bagi merebut Piala Ahli Parlimen Sibuti dianjurkan Pergerakan Pemuda PBB Ranting Bekenu dan Ranting Kawang Hunai dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Sibuti. -EDISI UKAS