ISNIN, 21 MAC 2022
BETONG: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam telah merasmikan majlis penangguhan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam Siri 2 pada Ahad.
Program anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Abang Matasim dengan penyertaan seramai 60 peserta dari kalangan penduduk Kampung Tuie, Kampung Supa, Kampung Manggut, Kampung Serabang dan Debak.
Berucap ringkas, Mohammad Razi berkata apa yang menarik pada peserta kursus kali ini adalah penyertaan dari kalangan komuniti Cina yang membuktikan penduduk di negeri ini masih dapat hidup dan bekerjasama dengan baik walaupun berbilang kaum, bangsa dan agama.
Mohammad Razi kemudiannya berkesempatan melawat dan memberi sumbangan kepada Yusuf Sabas yang terlantar akibat diserang penyakit strok pada dua bulan lepas.-EDISI UKAS