ISNIN, 21 MAC 2022
SRI AMAN: Seramai 70 peserta telah menyertai Sesi Demonstrasi Memasak Nasi Ayam yang diadakan di Lai Chua Corner, Chung Hua Commercial Centre pada Ahad.
Sesi Demonstrasi tersebut telah disampaikan oleh Pemilik Gerai Tong Fang Chicken Rice, Jong Kok Siang yang telah memulakan perniagaan nasi ayam sejak tiga bulan yang lepas, sebaik beroperasinya Lai Chuar Corner.
Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.
Semasa berucap, Datuk Francis berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Simanggang kerana mempunyai inisiatif menganjurkan aktiviti seumpama itu yang memberi banyak faedah kepada masyarakat.
Turut hadir, Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai dan wakil Pemuda SUPP Cawangan Simanggang, Wong Yii Hong. -EDISI UKAS