ADUN Kuala Rajang Dijangka Terus Terajui Kepimpinan Sebagai Ketua Cawangan PBB Kuala Rajang

ISNIN, 21 MAC 2022

SARIKEI: Menjelang Mesyuarat Agung Cawangan yang akan diadakan, semua kepimpinan ranting di Zon Sarikei dan Zon Tanjung Manis telah hadir dalam sesi taklimat pada Sabtu dan Ahad.

Taklimat menjurus kepada memperkuatkan parti agar terus menjadi relevan serta memberikan khidmat kepada rakyat.

Dalam pada itu, seramai 24 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kuala Rajang sudah bersiap sedia untuk sesi pemilihan peringkat Cawangan yang bakal berlangsung pada 2 April nanti.

Semua ranting telah selesai sesi pemilihan pada pertengahan Mac dengan gabungan muka-muka baru dan lama untuk terus menerajui kepimpinan akar umbi.-EDISI UKAS

add comment