ADUN Repok Tinjau 8 Projek Naik Taraf Jalan Raya

ISNIN, 21 MAC 2022

REPOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menjalankan lawatan dan tinjauan ke jalan raya yang telah dinaiktaraf ke jalan tar atau jalan konkrit di lapan lokasi sekitar konstituensinya pada Sabtu.

Jalan raya di kawasan kampung dinaiktaraf agar mampu memberikan keselesaan kepada masyarakat kawasan berkenaan.

Antara lokasi yang terlibat ialah Rumah Tapoi, Jalan Lee Ming, Sg Sebanyak-Bulat, Sungai Sebanyak, Jalan Ann Sing, Jalan Siung Min, Jalan Siung Kwong dan Jalan Siung Ann.

Pelaksanaan projek menaik taraf jalan di kawasan kampung bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk tetapi juga pekebun kecil di sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, Dato’ Sri Huang menyatakan bahawa beliau telah berjaya menaiktaraf beberapa jalan kampung di kawasan Repok, bagaimanapun tegasnya, masih banyak jalan yang perlu dinaiktaraf dan memerlukan perhatian kerajaan.

Tambah beliau lagi, sebagai wakil rakyat di DUN Repok, beliau amat prihatin dengan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan jalan raya dan kemudahan lain supaya penduduk Sarikei dapat menikmati jalan raya yang sempurna.

Pada sebelah petang, Dato’ Sri Huang berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Kapitan Lau Ing Soon untuk memberi penghormatan terakhir kepada ketua masyarakat itu yang meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 81 tahun.-EDISI UKAS

add comment