ADUN Sadong Jaya Tinjau Tapak Dewan Pesona Kampung Semera Masjid

ISNIN, 21 MAC 2022

SADONG JAYA: Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan 1 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo telah meninjau tapak membina baru Dewan Pesona Kampung Semera Masjid pada Ahad.

Tinjauan beliau bersama beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) cawangan beserta pemimpin tempatan itu adalah bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui.

Ir Aidel dalam pada itu menasihati pemimpin masyarakat di kampung berkenaan supaya sentiasa memantau dan peka dengan setiap projek yang dijalankan di kawasan bagi mengurangkan perkara berbangkit di kemudian hari.

Ini kerana, beliau tidak mahu mendengar rungutan dan ketidakpuasan hati penduduk mengenai sesuatu projek kerajaan disebabkan oleh kecuaian pihak kontraktor dan sebagainya.

Turut serta dalam tinjauan itu, Setiausaha Sulit beliau, Salem Benga; Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan, Mutalib Julaihi serta Ketua Wanita PBB Cawangan Sadong Jaya, Salasiah Bujang Narawi. -EDISI UKAS

add comment