ADUN Sebuyau Puas Hati Pelaksanaan Projek RTP Kampung Sungai Ladong dan Kampung Lutong Sebangan

ISNIN, 21 MAC 2022

SEBUYAU: Bagi memastikan projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Sarawak berjalan lancar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Sungai Ladong dan Kampung Lutong Sebangan pada Ahad.

Antara projek-projek yang dilawati ialah Naik Taraf Perkarangan Pusat Penjaja Kampung Ladong yang bernilai RM100,000.

Dalam lawatan itu, Datuk Julauhi mencadangkan supaya pusat penjaja ini digunakan sebagai tapak mini bazaar ramadan akan datang bagi membolehkan penduduk menjual beberapa produk tempatan.

Sejurus selepas itu, beliau meninjau pembinaan Masjid Baru Sebangan yang masih dalam pembinaan. 

Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berpuas hati dengan perkembangan pembinaan projek berkenaan.  

Justeru, beliau berharap setiap projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Masyarakat Kampung Sungai Ladong dan Jawatankuasa Masjid Sebangan.-EDISI UKAS

add comment