Dr Ripin Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Rumah Mawan

ISNIN, 21 MAC 2022

MIRI: Prihatin dengan mangsa kebakaran di Rumah Mawan, Sungai Ukong Lambir, Timbalan Menteri Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan 2 Dr Ripin Lamat telah mengadakan lawatan ke rumah panjang tersebut pada Isnin.

Dalam lawatan itu, beliau telah meninjau tapak kebakaran dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada mangsa kebakaran. 

Dalam ucapan ringkas, Dr Ripin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir mendoakan mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu tabah menghadapi ujian ini dan mengharapkan semua urusan selepas ini dipermudahkan. -EDISI UKAS

add comment