Kesemua Calon Ketua,Timbalan, Pemuda Dan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Sesi 2022-2025 Menang Tanpa Bertanding

ISNIN, 21 MAC 2022

KUCHING: Mesyuarat Agung Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai bagi sesi 2022-2025 pada Ahad telah menyaksikan kesemua calon bagi jawatan Ketua dan Timbalan serta Pemuda dan Wanita telah menang tanpa betanding.

Ia termasuk Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi ll merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua PBB Cawangan Pantai Damai.

Dalam masa sama, turut dikekalkan jawatan mereka adalah Merdihi Mas, sebagai Timbalan Ketua PBB Cawangan Pantai Damai dan Ramli Apot selaku Naib Ketua PBB Cawangan.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan pula dimenangi Abdul Adzim Abdul Rahman diikuti Dayang Nora Awang Sabudin sebagai Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri kira-kira 360 perwakilan dari Zon Seberang Hilir, Zon Santubong dan Zon Telaga Air bertempat di UCSI Hotel. -EDISI UKAS

add comment