Pasukan LEGACY Juara Kejohanan Sepak Takraw Dato Sri Richard Riot Jaem

ISNIN, 21 MAC 2022

SERIAN: Pasukan LEGACY muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Dato’ Sri Richard Riot Jaem yang berlangsung di Leort Cottage, Dibung, Pichin pada Ahad.

Duta Khas Perdana Menteri ke Jepun, Republik Korea dan Taiwan merangkap Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

LEGACY yang dinobatkan juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, piala iringan dan medal bersaing.

Manakala selaku naib juara, Medic Team membawa pulang hadiah wang tunai RM750 berserta piala dan medal.

Pasukan Sue’zri dan Koran di tempat ketiga bersama pula membawa pulang hadiah wang RM300 berserta medal.

Sementara itu, Mohd Khairul Nizam dari pasukan LEGACY dinobatkan pemain terbaik kejohanan yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM150.

Untuk rekod, 24 pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari tersebut. -EDISI UKAS

add comment