PBB Katibas Adakan Mesyuarat Agung Tiga Kali Setahun PBB Ranting Sungai Iran Sesi 2022-2025

ISNIN, 21 MAC 2022

KATIBAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Katibas telah mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Kali Setahun PBB Ranting Sungai Iran untuk sesi 2022-2025 di Rumah Musin Nanga Nangsang Sungai Iran pada Sabtu.

Dalam ucapan perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan telah mengucapkan terima kasih kepada Ahli PBB di Ranting Sungai Iran kerana mengundi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 lepas.

Beliau turut berharap supaya Ahli Jawatankuasa Baru dan yang dipilih semula dapat bekerjasama dengan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan ahli-ahli Ranting yang lain.

Sebelumnya pada Jumaat, Lidam turut merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Kali Setahun PBB Ranting Sungai Song untuk Sesi 2022-2025 di Rumah Sylvester Panau Nanga Terisau, Sungai Song.

Jelas Lidam, AJK Ranting merupakan ejen penggerak bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada akar umbi serta bertanggungjawab memberi bimbingan kepada rakyat bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.

Dalam pada itu, mesyuarat dijalankan secara serentak bagi ketiga-tiga sayap tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS

add comment