ISNIN, 21 MAC 2022
OYA: Permuafakatan yang ditunjukkan di peringkat ranting membuktikan keharmonian dan kekukuhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Senau Oya.
Ia ditampilkan semasa sesi pemilihan peringkat ranting PBB Kampung Senau Oya yang melibatkan Bapa (induk), Wanita dan Pemuda di Balairaya Kampung Senau Oya pada Jumaat.
Difahamkan, setakat ini semua sesi pemilihan berjalan lancar dan sehingga kini tiada pertandingan di mana jawatankuasa baharu dipilih secara sebulat suara oleh ahli-ahli.
Pemilihan kesemua ranting-ranting PBB di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat tri tahunan dijangka selesai pada 22 Mac ini.
Sementara itu, jawatankuasa parti yang baharu dilantik amat teruja dan berjanji akan memberikan kerjasama antara satu sama lain demi perpaduan dan kestabilan parti. – EDISI UKAS